Saturday, April 18, 2015

Bertemu kembali



“Alia kau jadi ke nak kerja sebagai orang gaji di rumah DR. Qimi tu?” Tanya ainul pada aku.
“Jadilah,kau ni kan aku dah lama kerja kat sini nak juga aku cari pengalaman di tempat lain pulak walaupun aku pegawai kat sini. Jawab ku pula.
“Yelah, kau hati-hati masa dekat rumah DR Qimi tu.Tapi kalau kau nk ushar ajak aku jugak okay? Sampuk Ainul sambil tergelak macam kerang busuk.
Okay aku janji jaga diri aku tapi aku takderlah buang tabiat nak ushar orang entah- entah dia dah kahwin.Dahlah dah merapu pulak bila aku cakap ngan kau ni.Aku tengah sibuk kemas baju untuk bawa ke rumah DR Qimi esok, kacau jer kau nie.Dahla shuh keluar dari bilik aku menyemak jer. Aku menghalau Ainul dari bilikku.Kejam ker?Aku rasa tak pon.
Aku bersiap ala kadar tak payah nak cantik sangatlah kan, lagipon nak jadi orang gaji jer pon.Aku mengambil teksi untuk sampai ke alamat rumah Dr Qimi.Kira-kira 30 minit selepas itu aku pon sampai.Fuyoo besar siot rumah dia. Agak-agak 10 tahun aku kerja pon masih tak mampu beli rumah kat kediaman ni.
Aku menekan loceng.Muncul seorang perempuan tua yang aku agak orang gaji di rumah ini mempelawa aku masuk.Tergamam weyh hiasan dia superb dowh.Nice and simple.
“Kamu duduk dahulu di bilik tetamu yang terletak di tingkat dua rumah ni.Barang tu kamu kemaskan selepas tu turun balik sebab mak cik nak bagi senarai tugasan kamu di rumah ini.Oh ya, kenalkan nama mak cik,Mak Cik Gayah.Kamu dan mak cik ialah orang gaji kat manakala Amir pengawal rumah ni”.Kata Mak Cik Gayah.
“Terima kasih Mak Cik Gayah,nama saya Alia dan saya akan membuat tugasan dalam rumah ni yang telah ditetapkan.Mak cik nak tanya skit, DR Qimi dah kahwin ker sebab saya nampak rumah ni macam suram jer mungkinla dia ada rumah lain ngan isteri dia.Tanya aku dengan penuh suspennya.
Tak,DR Qimi belum kahwin sebab dia…Takperlah nanti bila dia balik nanti kamu akan tahu macam mana dia tu.Mak cik ke dapur dulu ya, Alia kemas barang kat tingkat atas tu.Aku segera menuju ke bilik tersebut dan mengemas segala keperluan aku sepanjang kat rumah ni.Setelah berkemas dan membersihkan diri aku pun turun untuk memulakan tugas sebagai ‘maid’ kat rumah besar gedabak ni.
“Ini kerja-kerja yang kamu perlu lakukan kat rumah ni selain daripada tu,itu kerja makcik”, Ucap Mak Cik Gayah
“Baik mak cik,terima- kasih. Saya harap mak cik akan bantu apa-apa yang saya tidak tahu.Balas aku pula.
“Baiklah,mak cik buat kerja mak cik dulu ya.kamu berehatlah tentu penat nak datang ke sini.Esok barulah kamu buat kerja kamu tu.Pamit Mak Cik gayah pada aku.Aku pun melihat senarai,alahai kacang jer ni.Sementara tak buat kerja ni baik aku tinjau dulu rumah ni.Best jugakkan duduk rumah besar.Sambil tu aku pon menyumbangkan suara eh merdu jugak kan suara aku? hehe terperasan plak.Bila aku tengok jam, mak datuk dah pukul 6:00 petang dah lah blom solat asar.Lalu aku pon masuk bilik, bersihkan diri dan solat.
Setelah selesai solat,aku terdengar bunyi orang berjalan menuju master bedroom yang terletak di hadapan bilik aku.Mungkin tu Dr Qimi.Aku bersiap turun ke bawah untuk menolong Mak Cik Gayah menyediakan makan malam.Aku menyarungkan tudung dan turun ke dapur.Aku terserempak dengan Dr Qimi kat tangga.Ya Allah hebatnya ciptaan kau.Hensem siot mamat nie….Betul kata Ainul mesti aku terpesona dengan dia.ish syaitan jangan buat maksiat kat sini
Seronok juga ya kerja kat sini,kerja tak banyak rehat pon cukup dah tu bos pon tak macam singa.Alia sedar diri tu mana tau kalau dia tu ada perangai jahat kerAku pon menolong mak cik memasak.Setelah siap memasak,aku hidangkan pula di atas meja yang berukiran indah.Mak Cik Gayah menyuruh aku menjemput Dr Qimi makan.Sewaktu berada di hadapan biliknya,aku terdengar suara seorang pompuan tapi aku buat derk.Apabila aku melangkah masuk, kelihatan seorang pompuan yang ‘seksa’ sedang duduk dengan manja di atas riba Dr Qimi.Aku lantas tunduk dan menjemput mereka berdua makan manakala aku terus masuk ke bilik kerana menyampah.Beginikah kehidupan Dr Qimi? Bujang yang playboy dan ahh tak tahu nak cakap apa ngan perangai tak semenggah dia tu!
Setelah daripada peristiwa itu, aku tidak berapa menyukai Dr Qimi kerana dia suka berfoya-foya dan womanizer.Kadang kala dia pulang malam dalam keadaan mabuk nasib baiklah aku dah masuk bilik,kalau tidak tak tahu lah apa yang akan jadi.
Tapi suatu malam…………..
“Alia, aku nak minta maaf sebab selama ni aku menyusahkan kau dan buat kau tak selesa dengan perangai aku.Walaupun kau orang gaji aku,aku tetap tak patut balik dalam keadaan macam tu hampir setiap malam dan aku tau kau tengah beribadat masa tu”,Sayu kedengaran suara Dr Qimi malam ini tambah pula kami berbual di taman mini di luar rumah.
Takpe Dr Qimi,saya tidak kesah tapi ada lah sikit menyampah.Tentang perkara tu saya dah lama maafkan.Ucap ku pula.Kami berbual di taman yang Mak Cik Gayah hias.aku pelik asal dia baik tiba-tiba ni.Seriau pula.Dah la Mak Cik Gayah dan Amir cuti.Aku harap semuanya ok dan tak ada yang tak baik terjadi.
Dr Qimi membuat dua cawan kopi.Aku minum dengan perlahan sebab airnya panas.Dr Qimi minum sambil tersenyum padaku.Aku habiskan air kopi tersebut lalu pamit pada Dr Qimi.Namun semasa aku berjalan aku merasakan diriku ringan dan selepas itu aku tidak sedar apa-apa.
Aku bangun pada pagi ini, eh kenapa aku rasa ni bukan bilik aku ya? Macam bilik Dr Qimi jer.Naper aku rasa bahu aku sejuk dan kenapa rasa berat dekat pinggang ni.Kejap mana tudung aku? Aku bergegas bangun dan aku terjerit pabila aku lihat di sebelah aku Dr Qimi dengan lenanya memeluk aku.Aku segera bangun dan menjerit kerana melihat Dr Qimi tersenyum sinis pada aku.
“Hey apa yang kau dah buat pada aku hah!”.Hilang sudah suara ku yang lembut kini hanya amarah menguasai diri dan fikiran.Kalau ada pistol kat tangan aku nie rasa nak tembak jer Dr Qimi yang telah meragut kesucianku.
Aku?Aku buat apa? kau memang dah lupakan aku ker?Kau benci sangat sampai dah lupa aku ni siapa pada kau?Kau tahu tak selama ni aku berlakon jer mabuk dan semua pompuan yang aku bawa balik tu semua orang yang aku upah.Sebab apa kau tahu tak?Sebab aku rindu giler ngan isteri aku kau tahu tak! Tapi kau cuma anggap aku ni apa?!
aku menjadi nanar.Diakah lelaki yang perangkap aku kerana tidak mahu berkahwin dengan kakakku? Aku benci melihat wajahnya.Siapa sangka setelah 8 tahun kami terjumpa dengan situasi yang bangang macam ni! Ya aku akui aku memang sudah lupakan siapa dirinya kerana disebabkan peristiwa itu kakak kesayangan ku meninggal kerana terkena serangan jantung gara gara jantan tak guna depan aku nie.
“Ya, aku memang dah lupakan kau,Hazrin Haqimi! Kau tahu tak sampai sekarang aku tak boleh terima my beloved sister died because of your planning.Aku menghamburkan kemarahan yang aku pendam setelah lari daripada rumah lelaki ini 8 tahun yang lalu dalam status seorang isteri yang aku sendiri tidak ingin menyandangnya.
Oh baru kau ingat aku ya.Takper aku akan menawan hati kau dan apabila tiba masanya aku harap kau dah maafkan aku.Peristiwa itu aku rancang kerana pada awal lagi aku dah jatuh cinta kat kau bukan pada kakak kau si Aliesha tu.Tapi aku silap kerana tidak memikirkan risiko yang bakal terjadi.Ucap qimi lalu mahu mendekati aku,pantas aku mengelak dan masuk ke dalam bilik ku.
Aku memasang tekad tidak mahu kembali ke rumah ini.Aku juga tidak mahu bertembung dengan Qimi.Walaupun aku berhak menuntut fasakh namun aku tidak sanggup kerana itu hanya akan menggegarkan tiang araish.Berdosa seorang isteri meminta cerai daripada suaminya.Aku berteleku seketika setelah berkemas, mengapa aku menjadi sedih hanya kerana peristiwa itu tersingkap kembali.Aku bergegas keluar dari rumah itu.Qimi hanya memandang pemergian ku.Ah persetankan semua itu!
_________________________Setelah 3 bulan____________________________
Aku berlari ke tandas.Aku memuntahkan cecair kuning yang memeritkan tekak.Setelah aku berkumur- kumur aku duduk di atas katil.Ainul masuk ke dalam bilik aku sambil menghulurkan segelas air.Ainul lantas duduk dan mengurut belakang badanku.
“Alia,kau ni dah kenapa?Dah lebih tiga kali aku dengar kau muntah-muntah. Jom aku hantar kau pergi klinik, risau aku tengok. Cepat siap,aku tunggu kat depan.
Aku bersiap ala kadar kerana berasa letih dan tidak bermaya.Sepanjang minggu ini aku bercuti kerana merasakan kesihatan ku merundum.Ainul pula menjaga aku stelah dia pulang dari tempat kerjanya.Sampai sahaja di klinik, aku menunggu giliran.
“Tahniah, Puan mengandung 3 bulan”, Kata doktor wanita di hadapanku dengan ceria.Aku hanya tersenyum kecil kerana tidak menyangka berita ini.Patutlah sejak dua menjak ni aku mudah rasa letih.Tapi ini benih lelaki yang aku benci.ISH tidak patut aku menyalahkan bayi yang tidak bersalah ini.Aku mengusap perutku dan menguntum senyuman lebar.
Aku pulang ke rumah bersama sebuah keluhan.Ainul pula hanya membiarkan aku berseorangan untuk melapangkan fikiran dan menenangkan diri yang berserabut.Aku tertidur di atas sofa.Dalam mimpiku,aku berjumpa dengan kak Aliesha.
“Alia,kakak dah lama maafkan Qimi.Kamu maafkan lah dia.Dah ajal akak meninggal masa tu.Tidak patut kamu menyalahkan takdir dan jatuh hukum nusyuz jika kamu meninggalkan suami kamu lebih tiga bulan.Dia sudah berubah,percayalah.akak mohon kembalilah pada Qimi”.Ucap kakak sayu lantas bayangan kakak semakin menghilang.
Aku terbangun.Aku menangis tersedu- sedan.Aku menyesal dengan apa yang aku dah lakukan.Aku lantas bertahajjud pada-Nya.Aku mohon pengampunan dan aku bertekad untuk kembali di dalam hidup suamiku,Hazrin Haqimi.
Sewaktu aku melangkah masuk ke dalam rumah itu,suram sahaja suasananya.Pasti Qimi berada di biliknya kerana sewaktu aku pergi ke pejabatnya,setiausahanya memberitahu bahawa Qimi sudah lama tidak masuk ke pejabat.Aku menolak perlahan daun pintu tersebut.Aku melihat sekujur tubuh sedang terbaring di atas katil.Aku menghampiri Qimi.
“Qimi bangulah,saya datang nak kembali semula ke dalam hidup awak.Saya nak minta maaf atas keterlanjuran saya terhadap awak selama ini.
Qimi membuka matanya perlahan-lahan.Aku lihat ada air mata yang bertakung di tubir matanya.
Sayang,maafkan abang kerana abang kak Aliesha meninggal.Sebabkan abang sayang jadi macam ni.
Abang,sayang dah lama maafkan abang cuma takut nak berdepan dengan abang. Abang tahu tak sekarang ni ada seorang bayi yang bakal lahir iaitu anak kita.Sayang bersyukur sangat dengan baby ni.Tanpa disangka-sangka Qimi memeluk Alia dengan erat setelah mengetahui berita gembira itu.
Aku mengusap perutku sambil berkata baby, umi dan baba tak sabar menanti kelahiran baby.Semoga dengan kelahiran baby, keluarga kita akan sentiasa dirahmati Allah.Amiin…

No comments: