“Alia kau
jadi ke nak kerja sebagai orang gaji di rumah DR. Qimi tu?” Tanya ainul pada
aku.
“Jadilah,kau
ni kan aku dah lama kerja kat sini nak juga aku cari pengalaman di tempat lain
pulak walaupun aku pegawai kat sini. Jawab ku pula.
“Yelah, kau
hati-hati masa dekat rumah DR Qimi tu.Tapi kalau kau nk ushar ajak aku jugak
okay? Sampuk Ainul sambil tergelak macam kerang busuk.
Okay aku
janji jaga diri aku tapi aku takderlah buang tabiat nak ushar orang entah-
entah dia dah kahwin.Dahlah dah merapu pulak bila aku cakap ngan kau ni.Aku
tengah sibuk kemas baju untuk bawa ke rumah DR Qimi esok, kacau jer kau
nie.Dahla shuh keluar dari bilik aku menyemak jer. Aku menghalau Ainul dari
bilikku.Kejam ker?Aku rasa tak pon.
Aku bersiap
ala kadar tak payah nak cantik sangatlah kan, lagipon nak jadi orang gaji jer
pon.Aku mengambil teksi untuk sampai ke alamat rumah Dr Qimi.Kira-kira 30 minit
selepas itu aku pon sampai.Fuyoo besar siot rumah dia. Agak-agak 10 tahun aku
kerja pon masih tak mampu beli rumah kat kediaman ni.
Aku menekan
loceng.Muncul seorang perempuan tua yang aku agak orang gaji di rumah ini
mempelawa aku masuk.Tergamam weyh hiasan dia superb dowh.Nice and simple.
“Kamu duduk
dahulu di bilik tetamu yang terletak di tingkat dua rumah ni.Barang tu kamu
kemaskan selepas tu turun balik sebab mak cik nak bagi senarai tugasan kamu di
rumah ini.Oh ya, kenalkan nama mak cik,Mak Cik Gayah.Kamu dan mak cik ialah
orang gaji kat manakala Amir pengawal rumah ni”.Kata Mak Cik Gayah.
“Terima
kasih Mak Cik Gayah,nama saya Alia dan saya akan membuat tugasan dalam rumah ni
yang telah ditetapkan.Mak cik nak tanya skit, DR Qimi dah kahwin ker sebab saya
nampak rumah ni macam suram jer mungkinla dia ada rumah lain ngan isteri
dia.Tanya aku dengan penuh suspennya.
Tak,DR Qimi
belum kahwin sebab dia…Takperlah nanti bila dia balik nanti kamu akan tahu
macam mana dia tu.Mak cik ke dapur dulu ya, Alia kemas barang kat tingkat atas
tu.Aku segera menuju ke bilik tersebut dan mengemas segala keperluan aku
sepanjang kat rumah ni.Setelah berkemas dan membersihkan diri aku pun turun
untuk memulakan tugas sebagai ‘maid’ kat rumah besar gedabak ni.
“Ini
kerja-kerja yang kamu perlu lakukan kat rumah ni selain daripada tu,itu kerja
makcik”, Ucap Mak Cik Gayah
“Baik mak
cik,terima- kasih. Saya harap mak cik akan bantu apa-apa yang saya tidak
tahu.Balas aku pula.
“Baiklah,mak
cik buat kerja mak cik dulu ya.kamu berehatlah tentu penat nak datang ke
sini.Esok barulah kamu buat kerja kamu tu.Pamit Mak Cik gayah pada aku.Aku pun
melihat senarai,alahai kacang jer ni.Sementara tak buat kerja ni baik aku
tinjau dulu rumah ni.Best jugakkan duduk rumah besar.Sambil tu aku pon
menyumbangkan suara eh merdu jugak kan suara aku? hehe terperasan plak.Bila aku
tengok jam, mak datuk dah pukul 6:00 petang dah lah blom solat asar.Lalu aku
pon masuk bilik, bersihkan diri dan solat.
Setelah
selesai solat,aku terdengar bunyi orang berjalan menuju master bedroom yang
terletak di hadapan bilik aku.Mungkin tu Dr Qimi.Aku bersiap turun ke bawah
untuk menolong Mak Cik Gayah menyediakan makan malam.Aku menyarungkan tudung
dan turun ke dapur.Aku terserempak dengan Dr Qimi kat tangga.Ya Allah hebatnya
ciptaan kau.Hensem siot mamat nie….Betul kata Ainul mesti aku terpesona dengan
dia.ish syaitan jangan buat maksiat kat sini
Seronok juga
ya kerja kat sini,kerja tak banyak rehat pon cukup dah tu bos pon tak macam
singa.Alia sedar diri tu mana tau kalau dia tu ada perangai jahat kerAku pon
menolong mak cik memasak.Setelah siap memasak,aku hidangkan pula di atas meja
yang berukiran indah.Mak Cik Gayah menyuruh aku menjemput Dr Qimi makan.Sewaktu
berada di hadapan biliknya,aku terdengar suara seorang pompuan tapi aku buat
derk.Apabila aku melangkah masuk, kelihatan seorang pompuan yang ‘seksa’ sedang
duduk dengan manja di atas riba Dr Qimi.Aku lantas tunduk dan menjemput mereka
berdua makan manakala aku terus masuk ke bilik kerana menyampah.Beginikah
kehidupan Dr Qimi? Bujang yang playboy dan ahh tak tahu nak cakap apa ngan
perangai tak semenggah dia tu!
Setelah
daripada peristiwa itu, aku tidak berapa menyukai Dr Qimi kerana dia suka
berfoya-foya dan womanizer.Kadang kala dia pulang malam dalam keadaan mabuk
nasib baiklah aku dah masuk bilik,kalau tidak tak tahu lah apa yang akan jadi.
Tapi suatu
malam…………..
“Alia, aku
nak minta maaf sebab selama ni aku menyusahkan kau dan buat kau tak selesa
dengan perangai aku.Walaupun kau orang gaji aku,aku tetap tak patut balik dalam
keadaan macam tu hampir setiap malam dan aku tau kau tengah beribadat masa
tu”,Sayu kedengaran suara Dr Qimi malam ini tambah pula kami berbual di taman
mini di luar rumah.
Takpe Dr
Qimi,saya tidak kesah tapi ada lah sikit menyampah.Tentang perkara tu saya dah
lama maafkan.Ucap ku pula.Kami berbual di taman yang Mak Cik Gayah hias.aku
pelik asal dia baik tiba-tiba ni.Seriau pula.Dah la Mak Cik Gayah dan Amir
cuti.Aku harap semuanya ok dan tak ada yang tak baik terjadi.
Dr Qimi
membuat dua cawan kopi.Aku minum dengan perlahan sebab airnya panas.Dr Qimi
minum sambil tersenyum padaku.Aku habiskan air kopi tersebut lalu pamit pada Dr
Qimi.Namun semasa aku berjalan aku merasakan diriku ringan dan selepas itu aku
tidak sedar apa-apa.
Aku bangun
pada pagi ini, eh kenapa aku rasa ni bukan bilik aku ya? Macam bilik Dr Qimi
jer.Naper aku rasa bahu aku sejuk dan kenapa rasa berat dekat pinggang ni.Kejap
mana tudung aku? Aku bergegas bangun dan aku terjerit pabila aku lihat di
sebelah aku Dr Qimi dengan lenanya memeluk aku.Aku segera bangun dan menjerit
kerana melihat Dr Qimi tersenyum sinis pada aku.
“Hey apa
yang kau dah buat pada aku hah!”.Hilang sudah suara ku yang lembut kini hanya
amarah menguasai diri dan fikiran.Kalau ada pistol kat tangan aku nie rasa nak
tembak jer Dr Qimi yang telah meragut kesucianku.
Aku?Aku buat
apa? kau memang dah lupakan aku ker?Kau benci sangat sampai dah lupa aku ni
siapa pada kau?Kau tahu tak selama ni aku berlakon jer mabuk dan semua pompuan
yang aku bawa balik tu semua orang yang aku upah.Sebab apa kau tahu tak?Sebab
aku rindu giler ngan isteri aku kau tahu tak! Tapi kau cuma anggap aku ni apa?!
aku menjadi
nanar.Diakah lelaki yang perangkap aku kerana tidak mahu berkahwin dengan
kakakku? Aku benci melihat wajahnya.Siapa sangka setelah 8 tahun kami terjumpa
dengan situasi yang bangang macam ni! Ya aku akui aku memang sudah lupakan
siapa dirinya kerana disebabkan peristiwa itu kakak kesayangan ku meninggal
kerana terkena serangan jantung gara gara jantan tak guna depan aku nie.
“Ya, aku memang
dah lupakan kau,Hazrin Haqimi! Kau tahu tak sampai sekarang aku tak boleh
terima my beloved sister died because of your planning.Aku menghamburkan
kemarahan yang aku pendam setelah lari daripada rumah lelaki ini 8 tahun yang
lalu dalam status seorang isteri yang aku sendiri tidak ingin menyandangnya.
Oh baru kau
ingat aku ya.Takper aku akan menawan hati kau dan apabila tiba masanya aku
harap kau dah maafkan aku.Peristiwa itu aku rancang kerana pada awal lagi aku
dah jatuh cinta kat kau bukan pada kakak kau si Aliesha tu.Tapi aku silap
kerana tidak memikirkan risiko yang bakal terjadi.Ucap qimi lalu mahu mendekati
aku,pantas aku mengelak dan masuk ke dalam bilik ku.
Aku memasang
tekad tidak mahu kembali ke rumah ini.Aku juga tidak mahu bertembung dengan Qimi.Walaupun
aku berhak menuntut fasakh namun aku tidak sanggup kerana itu hanya akan
menggegarkan tiang araish.Berdosa seorang isteri meminta cerai daripada
suaminya.Aku berteleku seketika setelah berkemas, mengapa aku menjadi sedih
hanya kerana peristiwa itu tersingkap kembali.Aku bergegas keluar dari rumah
itu.Qimi hanya memandang pemergian ku.Ah persetankan semua itu!
_________________________Setelah
3 bulan____________________________
Aku berlari
ke tandas.Aku memuntahkan cecair kuning yang memeritkan tekak.Setelah aku
berkumur- kumur aku duduk di atas katil.Ainul masuk ke dalam bilik aku sambil
menghulurkan segelas air.Ainul lantas duduk dan mengurut belakang badanku.
“Alia,kau ni
dah kenapa?Dah lebih tiga kali aku dengar kau muntah-muntah. Jom aku hantar kau
pergi klinik, risau aku tengok. Cepat siap,aku tunggu kat depan.
Aku bersiap
ala kadar kerana berasa letih dan tidak bermaya.Sepanjang minggu ini aku
bercuti kerana merasakan kesihatan ku merundum.Ainul pula menjaga aku stelah
dia pulang dari tempat kerjanya.Sampai sahaja di klinik, aku menunggu giliran.
“Tahniah,
Puan mengandung 3 bulan”, Kata doktor wanita di hadapanku dengan ceria.Aku
hanya tersenyum kecil kerana tidak menyangka berita ini.Patutlah sejak dua
menjak ni aku mudah rasa letih.Tapi ini benih lelaki yang aku benci.ISH tidak
patut aku menyalahkan bayi yang tidak bersalah ini.Aku mengusap perutku dan
menguntum senyuman lebar.
Aku pulang
ke rumah bersama sebuah keluhan.Ainul pula hanya membiarkan aku berseorangan
untuk melapangkan fikiran dan menenangkan diri yang berserabut.Aku tertidur di
atas sofa.Dalam mimpiku,aku berjumpa dengan kak Aliesha.
“Alia,kakak
dah lama maafkan Qimi.Kamu maafkan lah dia.Dah ajal akak meninggal masa
tu.Tidak patut kamu menyalahkan takdir dan jatuh hukum nusyuz jika kamu
meninggalkan suami kamu lebih tiga bulan.Dia sudah berubah,percayalah.akak
mohon kembalilah pada Qimi”.Ucap kakak sayu lantas bayangan kakak semakin
menghilang.
Aku
terbangun.Aku menangis tersedu- sedan.Aku menyesal dengan apa yang aku dah
lakukan.Aku lantas bertahajjud pada-Nya.Aku mohon pengampunan dan aku bertekad
untuk kembali di dalam hidup suamiku,Hazrin Haqimi.
Sewaktu aku
melangkah masuk ke dalam rumah itu,suram sahaja suasananya.Pasti Qimi berada di
biliknya kerana sewaktu aku pergi ke pejabatnya,setiausahanya memberitahu
bahawa Qimi sudah lama tidak masuk ke pejabat.Aku menolak perlahan daun pintu
tersebut.Aku melihat sekujur tubuh sedang terbaring di atas katil.Aku
menghampiri Qimi.
“Qimi
bangulah,saya datang nak kembali semula ke dalam hidup awak.Saya nak minta maaf
atas keterlanjuran saya terhadap awak selama ini.
Qimi membuka
matanya perlahan-lahan.Aku lihat ada air mata yang bertakung di tubir matanya.
Sayang,maafkan
abang kerana abang kak Aliesha meninggal.Sebabkan abang sayang jadi macam ni.
Abang,sayang
dah lama maafkan abang cuma takut nak berdepan dengan abang. Abang tahu tak
sekarang ni ada seorang bayi yang bakal lahir iaitu anak kita.Sayang bersyukur
sangat dengan baby ni.Tanpa disangka-sangka Qimi memeluk Alia dengan erat setelah
mengetahui berita gembira itu.
Aku mengusap
perutku sambil berkata baby, umi dan baba tak sabar menanti kelahiran
baby.Semoga dengan kelahiran baby, keluarga kita akan sentiasa dirahmati
Allah.Amiin…